Lambang Parlimen United Kingdom

Pintu kota yang bermahkotaPintu kota pada sebiji duit syiling satu penny British

Lambang quasi-rasmi pada Dewan Parlimen adalah sebuah pintu kota yang dimahkotai. Pintu kota adalah lencana terdahulunya beberapa buah keluarga bangsawan Inggeris dari abad ke-14. Ia kemudian diamalkan oleh raja-raja wangsa Tudor pada 1500an, di bawah mana Istana Westminster menjadi tempat mesyuarat sering Parlimen. Mahkota telah ditambahkan untuk membuat lencana itu yang terutamanya tanda diraja.

Pintu kota mungkin pertama kali menjadi berkaitan dengan Istana Westminster melalui kegunaannya sebagai hiasan pada pembangunan semula Istana selepas kebakaran 1512. Meskipun, pada waktu itu ia hanyalah salah satu banyak tanda. Kesebaran kegunaan pintu kota sepanjang Istana bermula pada abad kesembilanbelas, ketika Charles Barry dan Augustus Pugin menggunanya secara luas sebagai ciri hiasan pada reka bentuk mereka untuk Istana baru berkutnya bencana kebakaran 1834.

Pintu kota bermahkota diterima sewaktu abad ke-20 sebagai lambang kedua-dua dewan parlimen. Ini semudahnya adalah nilainya adat dan kegunaan daripada keputusan yang terutama. Lambang ini sekarang bermuncul di alat tulis rasmi, penerbitan dan surat khabar, dan ia disetem pada pelbagai benda dalam kegunaan di Istana Westminster, seperti kutleri, barang-barang perak dan tembikar.[23]